Tuesday, April 6, 2010

Invictus

Filem yang sangat sesuai untuk ditonton oleh semua peringkat golongan. Filem berkisahkan pemimpin Afrika selatan Nelson Mandela (lakonan Morgan Freeman) lebih dikenali dikalangan rakyat Afrika Selatan dengan gelaran "Madiba" dalam menghapuskan dasar" apartheid". Setelah dipenjarakan selama 27 tahun di Penjara Roben Island, "Madiba" akhirnya dibebaskan dan pada tahun 1994 beliau kemudian dipilih oleh rakyat menjadi Presiden. Walaupun beliau sudah dipilih menjadi Presiden, dasar aparthied masih kuat menguasai rakyat pada waktu itu.
Dalam pada "Madiba" mahu menangani masalah yang cukup besar pada waktu itu, kadar jenayah yang tinggi, ekonomi yang agak merudum, serta peluang pekerjaan yang yang sangat kecil tapi beliau masih berkesempatan untuk menyaksikan perlawanan ragbi antara pasukan lain dan Springboks (pasukan ragbi afrika selatan). Walaupun Springboks, diketuai Francois Peinaar (lakonan Mat Damon) dianggap membawa mesej apartihed, dan dibenci oleh rakyat, "Madiba" menasihatkan Sports Committee supaya mengekalkan pasukan tersebut untuk perlawanan akhir Ragbi Piala Dunia 1995. Bagaimane kesudahanya? Adakah Nelson Mandela berjaya menghapuskan dasar aparthied? dan apa pula kaitanya dengan pasukan Springboks? Tonton selanjutnya...


p/s: aku bleh ckp yg cite nih memg best..aku terinspirasi gak kepimpinan yang dibawa oleh "Madiba" dalam pemerintahannye..hehe..so..free2...korang tonton la filem nih...best woo....klau 5 bintang aku bagi 4..xtau la korang nk bg berape...ikut korang la..janji enjoy...

No comments:

Post a Comment