Tuesday, April 6, 2010

Sekadar maklumat

Baru-baru ni kita dikejutkan dengan berita pemergian allayarham Din Beramboi yang disebabkan oleh demam denggi berdarah. Tapi pada mulanya allayarham didapati terkena jangkitan virus kencing tikus, ketika melakukan sesi pengambaran untuk sebuah rancangan di zoo negara. Jadi entry kali ni, aku bukan nak cerita berkenaan allayarham, tapi berkenaan virus tersebut. Apa bahayanya? tanda-tanda bila dijangkiti, dan cara pencegahan yang terbaik mengelak dijangkiti virus ini..

1- Bahaya Virus kencing tikus

Sudah pasti, kalau lambat bertindak mencegah virus ini, boleh membawa pada kematian. Sama bahaya dengan virus h1n1, (virus b1n1 je xbahaye sgt..cume kena tahan telinga je), dan virus2 yang seangakatan dengannya. Nama pun kencing confirm la terkandung kuman dan virus, tp kencing manusia, camne plak?


2- Tanda-tanda jangkitan adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
  • demam menggigil, lenguh lulut, sakit kepala, sakit tekak, batuk kering, loya, muntah, cirit birit.
  • bila tanda seperti diatas ni berlarutan, dan virus mula merebak, kulit dan putih mata menjadi kekuningan. Ia seakan-akan kena demam kuning. Bila sampai tahap yang agak kritikal, pesakit akan mula demam kuat mata akan menjadi merah dan berkemungkinan akan terjadi perdarahan dimana darah akan keluar dari rongga badan.
  • bunyi paru-paru abnormal, dan kemungkinan pesakit mendapat ruam merah pada kulit.
  • tanda leptospirosis (bakteria leptospira yang dibawa tikus) merebak ke seluruh anggota badan jika tidak diubati. Selain mendapat komplikasi ke hati ia turut merebak ke paru-paru, komplikasi ke selaput otak yanag menyebabkan tanda sakit kepala, kejang-kejang, leher kaku, dan sawan
  • akhirnya, jika tidak segara diubati, akan terus membawa kepada kematian.
Info lanjut, sila baca artikel ini.

3- Cara pencegahan:
  • utamakan kebersihan (ni yang paling penting)
  • Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
  • cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
  • Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
  • sampah hendaklah sentiasa dibuang
  • pastikan tong sampah sentiasa bertutup
  • sekiranya makan direstoran, pastikan kebersihan restoran tersebut
  • Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.

p/s: korang rasa ade orang yang suke bela tikus? jenis yang mcm mane?


1 comment:

  1. ade je org ske bela tikus...tikus putih..tikus putih tu bahaya ke tak eh?

    ReplyDelete